Wednesday, September 9, 2015

KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS




KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS Noxxa

BAHAN KARAMEL


STEP 1: 
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang,2 sudu air
 Gula karamel tu lupa nk edit tdi sy tukar ke 4 sb gula+2 sb air sebab nk byk kuah cm pic atas tu


STEP 2: 
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3: 
Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
2 kpg roti gardenia(blend ngan susu cair)

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 10minit.. Guna kaedah yg letak air 

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B: 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN


Loyang jgn lupa tutup atas ngan aluminium floi atasnya yer..

Satukan Bahan A,B,C dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.


  • Tumpng tanye..dlm masa 40minit steam kena tambah air tak?

  •  Air X yah tambah air cukup jer..coz sy ltak air ckit coz bekas loyang mg tutup ngan aluminium floi..so letak air byk pun air totally x masuk dlm loyang..

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

No comments:

Post a Comment