Monday, September 28, 2015

Egg tart style hong kong

Pestime buat Egg tart style hong kong 😉..pertugees egg tart tunggu dulu na! 
Hong kong styel egg tart
Bahan inti kastard
___________________
2/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
9 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 cawan susu segar / cair
Cara
____
1. Masukkan air & gula dalam periuk , masak hingga gula larut dan mendidih
Tutup api dan sejukkan sepenuhnya
2. Masukkan telur dlm mangkuk , pukul sedikit mengunakan handwhisk dan tapiskan ke dlm mangkuk lain
3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanilla gaul sebati dan masukkan pula air gula yg disejukkan tadi
Gaul bagi sebati then tapis semula ke dalam bekas yg bertutup , ketepikan
Bahan pastri
_____________
1/2 cawan gula kaster
1 cawan mentega sejuk ( bukan beku yer )
3 cawan tepung ( tambah jika kurang )
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
Cara
_____
Satukan tepung dan gula dlm mangkuk gaul rata dan masukkan pula mentega
Kemudian gaul guna hujung jari hingga menjadi serbuk roti
Kemudian masukkan telur yg di pukul sedikit bersama esen vanilla
Gaul hingga menjadi doh yg lembut
Panaskan oven pada suhu 160c ~ 170 c ( bergantung pada kepanasan oven masing2 yer ) selama 15 minit dan mengunakan api bawah sahaja
Ambil pastri dan letak dlm acuan tart telur dan bentukkan , buat hingga adunan habis
Susun pastri yg telah dibentulkan dlm loyang pembakar kemudia tuang 3/4 penuh dan bakar selama 20 minit atau hingga inti kastard sudah tidak cair lagi
**akk pestime buat egg tart style hong kong ni ..so try separuh dari adunan sahaje ..dan dapat menghasilkan lbih kurang 20 pcs size sederhana**
‪#‎selamatmencuba‬ ‪#‎enjoy‬😉

No comments:

Post a Comment