Monday, September 28, 2015

char kue teow ala-ala Chinese

Masa sebelum suami saya masuk Islam, dia suka makan char kue teow dari kedai Cina. Since saya tak pernah makan char kue teow yang Chinese buat, suami saya salu cakap apa yang kurang apa yang tak kene kalau saya buat char kue teow. Akhirnya lepas beberapa kali try buat, dapatlah cara masak yang kene dengan taste suami saya.
So hari ni saya nak share cara saya buat char kue teow ala-ala Chinese buat.
Bawang besar
Bawang putih
Halia sikit
-Semua blend halus
Udang
Dada ayam, potong kecik-kecik
Kuchai
Taugeh (banyak)
Tomato
Cili boh + sikitttt je air asam jawa
Kicap cair
Kicap pekat manis
Minyak bijan
Kue teow yang dah direndam pastu rebus dalam air mendidih untuk beberapa minit
Telur 2-3 biji dipukul
1. Kuali kene panas sangat, berasap sikit pun tak pe (so masak kene cepat)
2. Masukkan minyak
3. Tumis bahan blend
4. Masuk tomato
5. Masuk ayam
6. Masuk udang > Gaul
7. Masuk cili boh + air asam jawa
8. Masuk minyak bijan (2-3 sudu teh)
9. Masuk sayur-sayur
10. Agak dah sebati and masak elok, masukkan kue teow
11. Gaul rata
12. Tuang kicap cair and kicap manis
13. Tuang telur, biar sekejap
14. Gaul-gaul rata pastu terus angkat
Saya sekarang kene guna dua paket kue teow kalau nak buat sebab suami akan makan banyak gila. Hehe.
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment