Monday, August 3, 2015

MEE REBUS

resepi ambil di sini dan telah diolah sedikit untuk Noxxa PC. terima kasih 
A. Bahan-Bahan Kuah :-
Daging – 1 cawan
Udang besar 10 ekor dan udang kertas 1 cawan  
Ubi Keledek – 1 ketul (saiz sederhana)
Kacang Tanah – 1 cawan ~Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga garing, biarkan sejuk dan ditumbuk kasar.
B. Blender semua bahan-bahan dibawah
Bawang Putih – 5 ulas
Bawang Merah – 5 ulas
Bawang Besar – 1 biji
Belacan – seinci
cili blender - ikut kepedasan
Perasa
Garam – secukup rasa
Gula – secukup rasa
Asam Jawa
sos cili 1/2 cawan 
C. Bahan Mee dan iringan
1.  Sebungkus mee Kuning - dicelur
2.  Taugeh – tak celur
3.  Sawi – dicelur
4.  Tauhu – digoreng dan dipotong kecil
5.  Cili Merah / Cili Hijau / Cili Padi – ikut kesukaan
6.  Bawang Goreng
7. fishball dan fishcake jika suka (untuk anak-anak mungkin)

Cara Membuat Kuah
1. mula-mula HIGH PRESSURE (HP) daging sehingga empuk, air rebusan jangan dibuang, lepaskan udara
2.  Kupas dan potong kecil ubi keledek masukkan dalam stok daging dan HP pula 5minit sehingga empuk dan lembut. – kaup keledek dan lenyekkan letak dalm bekas lain. 
3. Tekan STIR FRY button masukkan semua udang sehingga bertukar warna ke merah. Kaup udang besar sahaja. Buang kepala dan kulit udang blender halus. Air tapisan dimasukkan ke dalam kuah tadi. OFF button
Guna inner pot yang lain 
4. On button STIR FRY Tumis bahan-bahan blender sehingga naik minyak.
6. masukkan sos cili
7. Tuang stok daging dan udang
8.  Masukkan  kacang tumbuk tadi ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana.
9. Kemudian keledek yang telah dilenyek.
10. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
11. Masukkan garam, gula, asam jawa 

Nota : Kuah lebih sedap dimakan setelah disimpan semalaman.

No comments:

Post a Comment