Sunday, August 9, 2015

BINGKA JAGUNG, BINGKA LABU, BINGKA PULUT, BINGKA SUJI dan tips

TIPS MEMBINGKA NOXXA
Ok 📌 boleh guna mode steam 25 - 35 minit iaitu ikut kita nk kerak garing macamana. Masa very subjektif ya, jgn dok folo sangat masa yg ckk bagi. Itulah panduan sj. Ada bunyi bip , abaikn.
📌 jangan guna mode HP... Yg tu kalau nk jugak guna kurangkn masa tu.. Sbb hp cpt hangus. Guna steam supaya kuih masak sekata. 😝
📌 Penting, jika masa steam tu dh abis. JANGAN terus buka tudung. Cuma off kn button merah tu atau off suis jer. Biar tudung tertutup sbb bingka tu lom cukup masaknya masih lembik. Jadi dgn off button biarkn panas dlm piyok terus masakkn kuih tanpa hitamkn dasar kuih. Biar dlm 5-10 minit. Jangan biar terus sejuk, kang air dr tutup jatuh kt kuih.. Leboq kuih anda😝😝. Shower free.
📌 pas habis 5 minit tu buka slow n steady, then kluakn innerpot dr piyok. Sejukkn sampai inner boleh pgg. Jgn tinggal inner dln piyok sbb piyok panas, nanti dasar kuih terus hitam , x cantik.
📌 bila bingka dh betul2 sejuk barula kome potong. AWAS ya bingka xleh potong panas2
📌 bagi yg suka agak2 garing tu bolehla bila dh sejuk tu kluakn dn bakar lagi guna oven 190 darjah @ 10 minit. Itu pilihan memasing. 
😃 sbb guna piyok tepi dn bawah jer garing.. Atas x garing.
BINGKA JAGUNG NOXXA (Editan Cik Kiah Kicen)
Bahan2:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sdb butter
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Bijan
Pewarna kuning
Penyediaannya:
📌 satukan semua bahan kecuali jagung krim dn bijan. Kisar sebati.
📌 tuang dlm mangkuk besar dn masuk jagung krim. Gaul sebati.
📌 masukkn adunan dlm innerpot yg telah dilengser minyak/butter.
📌 tabur bijan dn steam 25 minit.
📌 off suis biar 10 minit baru buka tudung dn kluakn inner. Sejuk baru kluakn bingka dr inner dn potong.
BINGKA PULUT NOXXA (Editan Cik Kiah Kicen)
Bahan2:
200 ml santan + 1 cawan air
3/4 cawan gula melaka (cairkn)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - simpul
1 sdt esen vanilla
2 1/4 cawan tepung pulut
2 cawan kelapa parut
Penyediaannya:
📌 stirfry dulu santan, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan.
Tapis dn sejukkn baru tmbh esen vanilla.
📌 campur tepung pulut dn kelapa dn tuang santan td. Gaul rata.
📌 tuang adunan dlm innerpot yg dilenser minyak.
📌 steam 25 minit dn sejuk baru potong.
BINGKA SUJI NOXXA (Editan Cik Kiah Kicen)
Bahan2:
3 biji telor ( gred A)
110 gram gula
160 gram tepung suji @ semolina
250ml santan pekat
435 ml air
1 sdt pes pandan
1/4 sdt garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan utk hiasan
Cara2:
📌 campur semua bahan kecuali mentega dn bijan. kacau secara double boiled supaya adunan memekat seperti bubur.
📌 alihkn dr dapur dn masukkn mentega dn kacau rata. masuk dlm innerpot yg dilengser butter. Tabur bijan.
📌 steam 25 minit dn off suis. Biar dlm periuk tanpa buka tudung selama 10 minit utk bagi kuih benar2 masak rata. buka tudung dn kluakn inner dr periuk dn biarkn sejuk baru kluakn kuih.
📌 tunggu kuih benar2 sejuk baru dipotong. Kbai💨💨💨
📌 tips: ada yg nk bagi bhgn atas nmpk perang lagi boleh je masukkn dlm oven dn bakar 190 darjah @ 10 minit atau sehingga nmpk perang cantik.
BINGKA LABU NOXXA (Editan Cik Kiah Kicen)
Bahan2:
1/2 kg labu - rebus dn lenyek
3 sdb butter
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
400 ml santan ( 2 kotak kecik)
Sedikit garam
Cara2:
📌 labu yg telah direbus tu campur butter dn lenyek. Tak perlu cair sbb labu panas.
📌 didlm mangkuk lain, campurkn lain2 bahan, gaul rata dn kemudian masukkn labu. Gaul sebati.
📌 tuang dlm innerpot yg dilengser minyak dn tekan steam 25-30 minit.
📌 off suis dn biar dulu 10 minit. Buka tudung dn kluakn inner dr piyok.
📌 dh sejuk baru potong ya.

No comments:

Post a Comment