Persona Rindu feeling happy
Syukur alhamdulillah. Mendonut juga aku pagi nie. Anak suka mama lagi suka. Tq pd yg penyumbang resepi donut nie.
Sy pakai marjerin pelangi je.
Dlm resepi nie doh lepas uli kena rehat kn. Tpi klu ikut cara sy x payah rehat kn. Terus canai n terap kn dgn acuan donut. Lepas terap dgn acuan baru biar kan selama 30minit. Donut x payah tutup apa apa pun. Biar kan dia dedah d bwh kipas. Lepas tu baru d goreng.
Sblm ni wat donut try mcm2 resepi tp semua x menjadi..bila guna resepi ni trus jtuh cinta..mmg mjadi..goreng semua donut x hbs mkn simpan dlm pti ais nak mkn msuk microwave je..mmg lembut..yg pnting xyah susah2 nk uli lama2..
Persona Rindu Donut sy wat ini x payah nk uli lama. Time uli tu klu kurang air. Maksud sy air yis tu dh abis. Boleh la tambah air dlm peti ais. Tmbh sikit sikit sampai doh lembut. Klu air yis tu masih boleh buat doh lembut x payah la pakai ais dlm peti ais. Fungsi ais sejuk dlm peti ais dia buat doh jadi lagi lembut. Lepas uli doh tersebut sy terus cetak. Sy x perap pun doh tersebut. Lepas cetak tu baru sy biar kan selama 30 minit.
Sy x perap dua kali. Sy just perap sekali je. Lepas uli terus cetak donut tersebut. Lepas tu baru biar kan selama 30 minit. Sbb sy pakai double baking powder.
Doh jgn terlalu lembik. Nti bila lembik. Donut dh kembang nk angkat memang susah. Donut tu x boleh nk angkat. Donut tu akan kembali mengecut semula. Jdi sis kena uli biar doh x melekat kt tgn.
Pakai baking powder . doh jdi lagi cepat naik. Nk cepat donut naik gebus. Dedah kn bawa kipas. Lagi donut naik cepat. X pe . sy selalu buat mcm tu. Lagi dia berangin lagi cepat doh naik.
* saya buat donat cam tu,lps pada uli,rehatkan dlm 10 minit cam,pas tu uli balik,dia tak kan melekat sgt,n bila nk roll untuk terap dgn acuan,letak tepung untuk elak dari melekat,n bila goreng garing kat luar,n lembut je donat tu...,
Susu dlm bancuhan tu untuk mempercepat kn yis tu berkembang. Gula pula kasi manis dlm doh. Klu x tawar la doh tu
Klu buat terlalu bnyk. Sis goreng separuh masak. Jgn masak lama. Just kejap je. Lepas tu sis sejuk kan kejap terus sis simpan dlm peti sejuk. Klu nk makam baru goreng balik sampai kuning. Sbb goreng kejap untuk nk mati kan yis . klu x nti donut tu turun balik klu x goreng.
Lagi satu. Nk thu donut dh boleh d goreng. Try angkat cikit donut itu. Klu rasa masih berat lgi biar kn dia kembang. Klu dh rasa donut itu ringan kiranya dh boleh d goreng. X penyek pun. Just angkat cikit. Nk rasa donut itu dh ringan ke lum. Klu berat belum boleh d goreng lagi. Donut klu x cukup kembang nti bila d goreng dia akan mendap ke bawsh minyak. Memang rugi la sgt sgt.
Gula pula klu pakai gula pasir x cntik bila dia kisar. Sbb halus n manis sgt. Nk cntik bila d tabur pakai gula castor. Sbb gula tu x manis sgt mcm gula pasir. Gula castor x payah kisar pun. Just tuang dlm magkuk. Nti bila donut dh sejuk cikit. Sis golek golek atas gula castor tu
No comments:
Post a Comment