Thursday, December 17, 2015

BISKUT DAHLIA TRADISI

Hani Norsini to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
October 16
‪#‎biskut‬
*diminati tua & muda, tak kira masa, walaupun selepas raya*
BISKUT DAHLIA TRADISI
(saya cuba resepi chef hanieliza 6 tahun lepas, dan masih guna resepi yg sama setiap tahun)
Bahan
225 gm marjerin
110 gm gula aising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung gandum
ceri merah sebagai hiasan
*saya guna esen ros, lagi wangi semerbak*
Cara
1. Gaul marjerin dan gula ising. Cukup sekadar sebati, tak perlu kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.
* Resepi ini memerlukan doh yg siap dibentuk dibiarkan 2,3 jam atau sehingga kelopaknya apabila disentuh, terasa keras. Ini adalah utk mengelakkan kelopaknya jatuh setelah dibakar.(ianya bergantung kepada kualiti tepung jagung yang digunakan)

No comments:

Post a Comment