Showing posts with label bread puding custard souce. Show all posts
Showing posts with label bread puding custard souce. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

bingka roti

BINGKA ROTI DURIAN
5 keping roti gardenia
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan
100 ml susu segar / susu cair - saya guna santan cair
1 sudu kecil esen vanila
4 ulas isi durian - nak lebihkan pun boleh ajer..
.
Cara-cara Penyediaan:
.
-Carik-carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
-Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis.
-Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
-Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila, isi durian dan gula pasir, kacau sebati.
-Jika ada bekas bingka, tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
-Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja.
-Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong.

Wednesday, October 21, 2015

bread puding custard souce

bread puding custard souce yg sejuk di tekak lemak berkrim...nyum2 sape like boleh share dan buat hujung minggu ni ina tunjuk step by step....10 gambar semua nya

bhn2
2 bijik telur
1sk esen vanila
3/4 cawan susu cair ina gune susu segar kotak
3 sb gula
3sb susu pekat dah ok ni manis die
blender sebati
ok roti putih 4 keping ina buang tepi nak kemas
ptg 4 dan sapu butter atas setiap potongan
susun dasar bekas dan tuang bhn blender td

sapu permukaan roti dgn butter dan susun pd dasar bekas

tuang bhn blender smpai abis

ok lapiskan dgn next roti dan tuang smpai abis bhn blend
kalau nak tabur kismis ke ceri ke boleh
panaskan kukusan dan kukus 25 mnt
kua n sejuk kan 30 mnt boleh tabur coklat chips dan hiasan


tabur ceri merah n hijau nak kismis pon boleh ina xminat sgt kukus 25 mnt api sederhana
siap dah masak boleh masuk peti 30mnt
custard cream
1/2 cawan air
2 sb tepung custard
larutkan
letak atas api perlahan
masukkn 1/2 cawan susu cair
masuk kn 3sb gula dan 2 sb susu pekat
sedikit esen vanila
masak sampai jd cream jgn smpai kental
boleh tuang pd bread puding anda

tuang kuah kastard die ptg agak2 2x2 cm ok